MACAM MANA NAK HILANGKAN KEMBUNG PERUT ?

Kembung perut biasanya dirawat dengan rawatan pemakanan. Pengubahsuaian cara hidup dan juga ubatan tanpa preskripsi doktor juga adakala boleh membantu.

Penyelesaian tidak sama untuk setiap orang, namun dengan cubaan demi cubaan kebanyakan pesakit akan menemui cara penyembuhan yang sesuai.

Ubat tanpa preskripsi doktor( boleh dibeli di kedai-kedai ubat). Sesetengah ubat dapat membantu , anda boleh mencuba:

1️⃣ Suplemen Laktosa
2️⃣ Simethicone
3️⃣ Activated charcoal

2 Langkah pencegahan yang boleh anda lakukan dengan :

1️⃣ Ukuran Pemakanan

✅ Mengubah amalan pemakanan boleh membantu mengurangkan jumlah gas yang dihasilkan oleh badan atau membantu mengeluarkan gas dengan lebih cepat melalui sistem anda.
✅ Mengurangkan makanan bergoreng dan berlemak.
✅ Mengurangkan pengambilan makanan tinggi serat seperti sayuran dan buah sementara waktu .
✅ Mengurangkan penggunaan produk tenusu harian anda.
✅ Cubalah secawan teh pudina. Minyak pudina mengandungi menthol yang mempunyai antispasmodic.

2️⃣ Pengubahsuaian Cara Hidup

✅ Makan jumlah yang sedikit dengan kerap daripada dua tiga kali jumlah yang besar.
✅ Makan perlahan, kunyah makanan dan elakkan dari terus menelan.
✅ Elakkan gula gula getah, gula gula keras dan meminum menggunakan straw.
✅ Jangan makan ketika merasa bimbang, cemas atau kecewa.
✅ Berhenti merokok. Menghisap rokok boleh menambahkan jumlah udara yang tertelan.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI