KERACUNAN MAKANAN PADA ANAK, APA TANDA YANG PERLU DIPERHATIKAN ?

โ€ข

Keracunan makanan boleh berlaku apabila anak mengambil makanan atau minuman yang tercemar. Tanda yang dialami boleh berbeza mengikut punca dan keadaan setiap anak.

๐€๐ง๐ญ๐š๐ซ๐š ๐ญ๐š๐ง๐๐š ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ข๐›๐ฎ ๐›๐š๐ฉ๐š ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฅ๐ฎ ๐ฉ๐ž๐ซ๐ก๐š๐ญ๐ข๐ค๐š๐ง:

โ–ช๏ธMuntah dan cirit-birit
Anak mungkin muntah beberapa kali atau membuang air besar lebih kerap daripada biasa.

โ–ช๏ธSakit atau kejang perut
Anak boleh mengadu sakit perut, kembung atau tidak selesa.

โ–ช๏ธDemam dan kurang selera makan
Sesetengah anak mungkin demam, kelihatan letih dan tidak mahu makan.

โ–ช๏ธTanda kurang air dalam badan
Mulut kering, kurang kencing, tiada air mata ketika menangis, mata kelihatan cengkung atau anak terlalu mengantuk perlu diberi perhatian.

Pastikan anak terus minum sedikit demi sedikit jika mampu. Dapatkan pemeriksaan jika anak tidak boleh minum, muntah berterusan, ada darah dalam najis, sangat lemah atau menunjukkan tanda kurang air dalam badan.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI

Kesihatan Am

Ibu & Anak

Kesihatan Pekerjaan

Rehabilitasi

Umum