Umum

  • MACAM MANA NAK HILANGKAN KEMBUNG PERUT ?

    MACAM MANA NAK HILANGKAN KEMBUNG PERUT ?

    Kembung perut biasanya dirawat dengan rawatan pemakanan. Pengubahsuaian cara hidup dan juga ubatan tanpa preskripsi doktor juga adakala boleh membantu. Penyelesaian tidak sama untuk setiap orang, namun dengan cubaan demi cubaan kebanyakan pesakit akan menemui cara penyembuhan yang sesuai. Ubat tanpa preskripsi doktor( boleh dibeli di kedai-kedai ubat). Sesetengah ubat dapat membantu , anda boleh…

  • APA ITU LEMAH JANTUNG ?

    APA ITU LEMAH JANTUNG ?

    Lemah jantung adalah satu keadaan yang kompleks. Ia disebabkan oleh penyakit yang boleh mempengaruhi keupayaan jantung untuk mengepam darah yang secukupnya untuk memenuhi keperluan badan. Kadar kejadian meningkat dengan peningkatan umur. Sebab-sebab lemah jantung: 👉 Penyakit jantung koronari👉 Tekanan darah tinggi👉 Masalah injap jantung👉 Kadar denyutan jantung yang luar biasa👉 Penyakit otot jantung (cardiomyopathies)👉 Diabetes👉…

  • APA ITU KANCING GIGI ?

    APA ITU KANCING GIGI ?

    Semasa anda mengandung, anda diberi suntikan kancing gigi dan selepas melahirkan juga,anda akan diberi suntikan kancing gigi beberapa kali pada tahun pertama kelahiran. Tapi tahukah anda apa itu kancing gigi ? Kancing gigi atau tetanus berlaku di seluruh dunia. Ia kerana spora bakteria Clostridium tetani terdapat di mana-mana terutama di kawasan pertanian dan kawasan yang…

  • UBAT BOLEH BERTUKAR RACUN ! INI CARA ELAK

    UBAT BOLEH BERTUKAR RACUN ! INI CARA ELAK

    KERACUNAN ubat jangan dianggap sebagai perkara remeh. Ia boleh membawa kecelakaan dan berakhir dengan maut. Masalah ini biasanya boleh berlaku kepada kanak-kanak yang menganggap ubat sebagai gula-gula atau bahan mainan mereka. Mereka tidak sedar bahaya yang menanti terutamanya ubat untuk merawat penyakit darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung boleh menyebabkan keracunan apabila dos yang…

  • 6 TANDA PERINGATAN STROK YANG TIDAK BOLEH DIABAIKAN

    6 TANDA PERINGATAN STROK YANG TIDAK BOLEH DIABAIKAN

    Strok adalah serangan otak dan terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu. Otak adalah pusat saraf tubuh, mengawal setiap yang kita lakukan atau fikirkan, di samping mengawal fungsi-fungsi automatik seperti pernafasan. Untuk berfungsi, otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien yang amat penting. Apabila saluran darah di dalam otak anda pecah ataupun…

  • DERIA BAU ANDA HILANG ?

    DERIA BAU ANDA HILANG ?

    Hidung anda tidak dapat menghidu bau ‘perfume’ kegemaran? Atau makanan tidak lagi enak seperti dulu? Adakah aroma kopi tidak lagi menyegarkan mata anda pada waktu pagi kerana anda tidak dapat menghidunya? Jika jawapannya semua ya, anda mungkin mengalami kehilangan deria bau. Kehilangan deria bau berlaku apabila terdapat masalah di dalam rongga hidung, struktur hidung, saraf…

  • BILAKAH PEMERIKSAAN LUTUT PERLU DILAKUKAN ?

    BILAKAH PEMERIKSAAN LUTUT PERLU DILAKUKAN ?

    Pemeriksaan x-ray lutut boleh membantu mencari punca-punca dan tanda-tanda biasa apabila terdapatnya gejala-gejala seperti sakit, ketegangan, bengkak, atau kecacatan lutut. Ia boleh mengesan patah tulang atau dislokasi sendi. Jika pembedahan lutut akan dijalankan, x-ray lutut akan diambil terlebih dahulu untuk membantu perancangan dalam pembedahan dan juga akan diambil selepas pembedahan. Sebelum pemeriksaan : 👉 Anda…

  • KECEDERAAN LUTUT SEMASA BERSUKAN

    KECEDERAAN LUTUT SEMASA BERSUKAN

    Kecederaan lutut biasanya berlaku apabila anda terlibat dalam akitiviti sukan, ini termasuklah berlari, melompat dan apabila kaki berhenti dalam posisi yang salah seperti semasa bermain bola sepak dan sebagainya. Terdapat empat ligamen yang penting untuk menstabilkan lutut iaitu :1️⃣Medial Cruciate Ligament (MCL) dibahagian dalam lutut2️⃣ Lateral Cruciate Ligament (LCL) dibahagian luar3️⃣Anterior Cruciate Ligament (ACL)4️⃣ Posterior…

  • BAGAIMANA MENGETAHUI ANDA TERKENA CIRIT-BIRIT ?

    BAGAIMANA MENGETAHUI ANDA TERKENA CIRIT-BIRIT ?

    Cirit-birit adalah penyakit yang biasa dialami oleh setiap individu. Ia boleh berlaku beberapa kali dalam hidup seseorang dan yang pasti perkara ini tidak akan menjadi pengalaman yang menyenangkan. Dalam kebanyakan kes, ia akan berlangsung selama beberapa hari. Namun, cirit-birit yang berlanjutan selama berminggu-minggu dapat menunjukkan masalah kesihatan yang serius, yang memerlukan perhatian perubatan. Cirit-birit adalah…

  • ADUH..SAKITNYA GIGI NI..

    ADUH..SAKITNYA GIGI NI..

    Aduh, Sakitnya! Siapa yang pernah rasa sakit gigi ? Semua benda tak kena kan ? Orang bercakap tepi kita pun rasa nak marah je. Haa..itulah penangan sakit gigi. Sakit gigi merupakan kesakitan yang dialami di sekitar gigi atau rahang. Sakit gigi lazimnya terjadi di kalangan mereka yang mengabaikan kesihatan mulut. Ia sering merupakan penyebab utama…