APA ITU LEMAH JANTUNG ?

โ€ข

Lemah jantung adalah satu keadaan yang kompleks. Ia disebabkan oleh penyakit yang boleh mempengaruhi keupayaan jantung untuk mengepam darah yang secukupnya untuk memenuhi keperluan badan. Kadar kejadian meningkat dengan peningkatan umur.

Sebab-sebab lemah jantung:

๐Ÿ‘‰ Penyakit jantung koronari
๐Ÿ‘‰ Tekanan darah tinggi
๐Ÿ‘‰ Masalah injap jantung
๐Ÿ‘‰ Kadar denyutan jantung yang luar biasa
๐Ÿ‘‰ Penyakit otot jantung (cardiomyopathies)
๐Ÿ‘‰ Diabetes
๐Ÿ‘‰ Penyakit jantung akibat alkohol
๐Ÿ‘‰ Penyakit Kelenjar Tiroid

Rawatan untuk penghidap lemah jantung :

1๏ธโƒฃ Bukan farmakologi

โœ… Pengambilan air dan garam secara terhad
โœ… Senaman berkala mengikut kemampuan
โœ… Berhenti merokok dan berhenti mengambil alkohol

2๏ธโƒฃ Farmakologi

โœ… Terdapat ubat untuk mengurangkan simptom dan memberi peluang untuk hidup
โœ… Memberi rawatan yang optima untuk mengawal penyakit jantung koronari, tekanan darah tinggi dan kadar denyutan jantung yang luar biasa
โœ… Adalah sangat penting untuk mengambil ubat secara tetap/teratur seperti yang dinasihatkan oleh doktor

Anda dinasihatkan untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat bagi mencegah penyakit lemah jantung. Apa yang anda boleh lakukan adalah melakukan senaman (mengikut kemampuan-sila dapatkan nasihat daripada doktor), pemakanan sihat dan seimbang,tidak merokok dan tiidak minum minuman beralkohol.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI

Kesihatan Am

Ibu & Anak

Kesihatan Pekerjaan

Rehabilitasi

Umum