APAKAH TERAPI BAGI APRAKSIA ?

Tiada satu kaedah terapi yang tetap bagi apraksia. Ini disebabkan setiap kanak-kanak menunjukkan tanda-tanda yang berbeza. TPB akan merancang kaedah terapi yang bersesuaian dengan tanda-tanda yang ditunjukkan oleh setiap kanak-kanak tersebut.

Matlamat utama terapi ialah untuk meningkatkan kemahiran merancang, menyusun dan mengatur pergerakan otot dalam menghasilkan bunyi pertuturan.

Antara kaedah yang digunakan oleh TPB ialah :

1️⃣ Maklum balas sensori deria pelbagai (multi-sensory feedback)

✅ TPB akan memberi banyak kiu menggunakan deria sentuhan, deria penglihatan serta deria pendengaran kepada kanak-kanak ketika dia meniru bunyi pertuturan.
✅ Dengan kiu deria yang pelbagai ini, kanak-kanak apraksia akan lebih mudah merancang, menyusun dan mengatur pergerakan otot ketika bercakap.

Kajian menunjukkan kanak-kanak apraksia akan lebih berjaya jika menerima terapi yang kerap (3-5 kali seminggu) dan intensif. Kanak-kanak yang menjalani terapi perseorangan lebih baik dari kanak-kanak yang menjalani terapi berkumpulan.

Latihan yang konsisten serta berulangan adalah kunci kepada kejayaan sesuatu kaedah terapi dalam membantu kanak-kanak bermasalah apraksia berkomunikasi dengan efektif.

2️⃣ Komunikasi Augmentative Dan Alternatif (KAA) (augmentative and alternative communication) – jika apraksia menyebabkan kanak-kanak sangat susah untuk bercakap

✅ KAA akan membantu percakapan kanak-kanak lebih mudah untuk difahami.
✅ Ia juga membantu mengurangkan rasa kecewa kerana sukar untuk bercakap.
✅ Penggunaan KAA akan berkurangan jika percakapan kanak-kanak semakin meningkat.

Selalunya, ibu bapa akan tertanya-tanya jika anak mereka akan boleh berkomunikasi dengan baik satu hari nanti setelah didiagnos apraksia.

Kejayaan terapi bergantung kepada tahap keterukan apraksia anak mereka serta masalah yang mungkin muncul bersama-sama dengan apraksia seperti perkembangan bahasa yang lewat, masalah pergerakan motor halus atau masalah sensori .

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI