RAWATAN RSV TERTUMPU DALAM MENGURUSKAN SIMPTOM

RSV boleh dikesan berdasarkan sejarah pesakit, pemeriksaan fizikal dan sikenalpasti melalui ujian calitan hidung dan belakang tekak.

Ujian darah juga membantu manankala ‘pulse oxymeter’ boleh menunjukkan kandungan oksigen yang rendah dan X-ray dada boleh menunjukkan keradangan paru-paru.

Rawatan penyakit RSV pada bayi tertumpu terutamanya mengurus simptom dan menyediakan penjagaan sokongan, terutamanya dalam kes yang ringan.

Berikut adalah berepa aspek penjagaan yang penting :

▪️ Pemberian susu
Pastikan bayi anda sentiasa terhidrat dengan baik, sama ada melalui penyusuan atau botol.

▪️ Pnggunaan humidifier
Gunakan pelembap wap sejuk di dalam bilik bayi anda untuk membantu mengurangkan kesesakan dan menjadikan pernafasan lebih selesa.

▪️ Membersihkan hidung
Untuk membersihkan hidung tersumbat, anda boleh menggunakan bulb syringe atau semburan garam untuk mengeluarkan lebihan lendir.

▪️ Pemantauan Berkala
Pantau pernafasan, penghidratan dan keadaan keseluruhan bayi dengan teiti. Dapatkan rawatan perubatan segera jika terdapat tanda-tanda sesak nafas atau dehidrasi ang semakin teruk.

▪️ Ubat
Dalam kes yang teruk atau jika jangkitan bakteria sekunder disyaki, doktor mungkin menetapkan ubat antivirus atau antibiotik.

▪️ Rawatan Oksigen
Sesetengah penyakit virus RSV pada bayi yang teruk mungkin memerlukan oksigen tambahan untuk mengekalkan tahap oksigen yang mencukupi dalam darah mereka.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI