
Bayi pramatang ialah bayi yang dilahirkan sebelum usia kandungan mencecah 37 minggu 👶. Oleh kerana organ badan mereka masih belum berkembang sepenuhnya, mereka memerlukan pemantauan yang lebih rapi berbanding bayi yang lahir cukup bulan.
Selepas dibenarkan pulang ke rumah, ibu bapa perlu memastikan bayi hadir ke setiap temu janji pemeriksaan. Doktor akan memantau berat badan, penyusuan, perkembangan serta pertumbuhan bayi dari semasa ke semasa.
Ada bayi pramatang yang membesar dengan sangat baik, namun ada juga yang memerlukan sokongan tambahan pada peringkat awal. Sebab itu, pemeriksaan berkala sangat penting supaya sebarang kelewatan perkembangan dapat dikesan lebih awal.
Jangan bandingkan perkembangan bayi pramatang dengan bayi lain. Dengan penjagaan yang betul dan pemantauan yang berterusan, ramai bayi pramatang mampu membesar dengan sihat dan aktif seperti kanak-kanak lain.





