Bila Ibu Hamil Perlu Segera Ke Hospital ?

Sepanjang kehamilan, ada perubahan yang dianggap normal dan ada juga yang memerlukan pemeriksaan segera 🤰. Mengetahui tanda-tanda amaran dapat membantu ibu mendapatkan rawatan lebih awal jika berlaku kecemasan.

𝐀𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐝𝐢𝐚𝐛𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐢𝐚𝐥𝐚𝐡:

1️⃣ Pendarahan dari faraj
Walaupun sedikit, pendarahan perlu diperiksa bagi memastikan keadaan ibu dan bayi berada dalam keadaan selamat.

2️⃣ Air ketuban pecah
Jika ibu mengesyaki air ketuban keluar sebelum waktu bersalin, segera dapatkan pemeriksaan.

3️⃣ Bayi kurang bergerak
Perubahan pada pergerakan bayi perlu dinilai oleh doktor secepat mungkin.

4️⃣ Sakit perut yang kuat dan berterusan
Jangan anggap semua sakit adalah normal, terutama jika disertai simptom lain.

Jika mengalami mana-mana tanda di atas, jangan berlengah untuk mendapatkan rawatan di klinik atau hospital berhampiran 👩‍⚕️

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI

Kesihatan Am

Ibu & Anak

Kesihatan Pekerjaan

Rehabilitasi

Umum