PETUA MENINGKATKAN BERAT BADAN DI KALANGAN WARGA EMAS

Ramai warga emas mengalami kesukaran untuk mendapat pemakanan yang sihat. Pemakanan warga emas boleh dipengaruhi oleh keadaan seperti kesihatan oral yang kurang baik, gangguan perut (upset stomach), hilang selera makan, kesihatan fizikal yang lemah, masalah sosioekonomi dan juga pelbagai masalah yang lain.

Berikut adalah petua untuk meningkatkan berat badan bagi warga emas :

1️⃣ Tingkatkan pengambilan snek atau makanan tinggi kalori seperti:

✅ Ais krim bersama sirap, coklat, kacang atau buah dalam tin.
✅ Milk shake.
✅ Kuih-muih tempatan atau bubur (contohnya bubur cha-cha).
✅Pisang goreng, keledek dan keladi.
✅ Sagu, bubur atau oat bersama susu atau gula.
✅ Bubur nasi bersama ikan, daging, telur atau ikan bilis ditumbuk dengan tambahan minyak masak.
✅ Kastard bersusu.
✅ Nasi atau mi goreng.
✅ Kentang lecek bersusu dan mentega/ marjerin.

2️⃣ Pertimbangkan pengambilan produk tinggi-kalori dan tinggi-protein komersial, seperti susu penuh krim bagi menggantikan hidangan utama atau snek semasa kurang selera makan.

✅ Makan dalam kuantiti yang kecil tetapi kerap. Elakkan daripada melangkau waktu makan walaupun anda tidak lapar.
✅ Ambil sup berdaging (seperti ayam atau daging lembu).
✅ Elakkan minum secara berlebihan, minuman yang tidak berkalori seperti air kosong. Anda dinasihatkan supaya minum sedikit air semasa makan.
✅ Jika anda tidak boleh mengambil makanan pepejal atau separa pepejal, cuba makanan lembut atau makanan jenis cecair.
✅ Rujuk Doktor/ Pegawai Dietetik / Pegawai Pemakanan untuk membantu anda memantau peningkatan berat badan.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI