Penyusuan Susu Ibu : Apa Yang Anda Perlu Tahu

Susu ibu merupakan makanan yang paling sesuai bagi bayi. Penyusuan susu ibu memberikan faedah daripada segi fizikal dan emosi kepada ibu dan bayi. Penyusuan susu ibu bagi 6 bulan yang pertama adalah sangat digalakkan.

▪️Menyusu bayi mengikut permintaan
Lebih kurang 8 hingga 12 kali sehari. Biasanya selepas 2 hingga 3 bulan bayi akan selesa dengan penyusuan sebanyak 6 hingga 8 kali sehari.

▪️Mengenalpasti tanda-tanda penyusuan bayi anda
Seperti mengocak (stirring), menggeliat (stretching), pergerakan menghisap dan pergerakan bibir.

▪️Mengetahui bila bayi anda kenyang
Apabila bayi berhenti menghisap, menutup mulut atau mengalih mulutnya dari puting, dia mungkin kekenyangan atau berehat sebentar. Cuba sendawakan bayi atau tunggu sebentar sebelum menyusukan sekali lagi. Sekiranya bayi kenyang, bayi akan mengelak daripada disusukan.

▪️Menyusu dengan mencukupi
Ibu bapa sentiasa risau sama ada bayi mereka menyusu dengan mencukupi atau tidak. Beberapa panduan berikut mungkin dapat membantu. Perhatikan kepuasan bayi antara masa penyusuan, kesedaran bayi, kesihatan kulit dan peningkatan berat badan. Bayi anda mungkin tidak menyusu dengan secukupnya sekiranya dia kurang membuang air besar atau air kecil dan lampin perlu ditukar kurang daripada 6 hingga 8 kali sekali, atau dia sentiasa tidur sepanjang masa. Jika anda mengesyaki yang bayi anda mungkin tidak menyusu dengan cukup, anda perlu membawanya untuk berjumpa dengan doktor.

▪️Apabila bayi sentiasa menangis
Lapar, perlu ditukarkan lampin, perlu sendawa, letih, perlu didodoi, hendak menukar kedudukan atau berasa tidak selesa. Anda mungkin berasa tertekan sekiranya bayi anda menangis secara berterusan tanpa henti. Namun, anda mesti cuba terus tenang sepanjang masa dan jangan menggoncang bayi kerana ini boleh menyebabkan kecederaan yang serius.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI