Menangis berterusan adalah masalah bayi yang biasa kepada ibubapa atau penjaga bayi baru lahir atau bayi berusia kurang dari satu tahun. Bayi pada kebiasaannya menangis 1 hingga 3 jam sehari.
Menangis adalah satu cara bayi berhubung untuk menunjukkan mereka mempunyai masalah atau tidak selesa, walau bagaimanapun sekiranya bayi menangis berterusan bayi berkemungkinan mempunyai masalah kesihatan.
Bayi biasanya akan menangis apabila :
▪️Lapar dan dahaga
▪️Mengantuk atau letih
▪️Kesejukan atau basah
▪️Minta didukung
▪️Perlu ditukarkan lampin
▪️Dalam kesakitan atau tidak selesa
Menangis berterusan boleh ditafsirkan sebagai :
1️⃣ Menangis berterusan pada jangka masa yang lama
2️⃣ Menangis meskipun semua keperluan dipenuhi
3️⃣ Menangis dengan nada yang berbeza dari tangisan biasa
4️⃣ Menangis disertai dengan pergerakan luar biasa seperti bayi menangis sambil mengangkat kedua-dua kaki ke atas
Keadaan tertentu yang boleh menyebabkan bayi menangis berterusan:
👉 Kembung perut
👉 Penyakit