Tumbesaran Anak Tidak Sama..Jangan Terlalu Cepat Membandingkan

Setiap kanak-kanak mempunyai kadar tumbesaran dan perkembangan yang berbeza. Ada yang cepat berjalan tetapi lambat bercakap, manakala ada yang petah bercakap tetapi mengambil masa lebih lama untuk menguasai kemahiran lain. Perbezaan ini selalunya adalah normal.

Daripada membandingkan anak dengan kanak-kanak lain, ibu bapa lebih digalakkan melihat perkembangan anak mengikut usia serta memberi sokongan yang berterusan di rumah.

Apa yang ibu ayah boleh lakukan?

👉 Berikan rangsangan setiap hari
Luangkan masa bermain, membaca dan berinteraksi dengan anak.

👉 Pastikan pemakanan seimbang
Nutrisi yang baik membantu menyokong tumbesaran dan perkembangan anak.

👉 Hadir ke pemeriksaan berkala
Doktor dapat memantau perkembangan anak dan mengenal pasti jika ada perkara yang memerlukan perhatian.

Jika ibu ayah mempunyai keraguan tentang perkembangan anak, jangan tunggu terlalu lama untuk mendapatkan pemeriksaan. Pengesanan awal dapat membantu memastikan anak mendapat sokongan yang sesuai mengikut keperluannya.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI

Kesihatan Am

Ibu & Anak

Kesihatan Pekerjaan

Rehabilitasi

Umum