Di sini, kami menyenaraikan klinik-klinik kesihatan yang terdekat di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan ini yang disyorkan kerana mereka mempunyai servis–servis dan panel/pembayaran yang secukupnya.
1️⃣ Klinik Munir
Klinik Munir adalah satu klinik yang menyediakan hampir semua aspek kesihatan dari segi kesihatan am, klinik ibu dan anak, kesihatan pekerjaan dan banyak lagi!
Klinik ini juga menggunakan panel dan pembayaran yang lebih banyak pilihan seperti AIA Services, PMCare, MedKad dan sebagainya.
Untuk lihat lagi terperinici, klik pautan ini di sini.
Poliklinik Sri Sendayan mempunyai servis yang selain daripada servis yang disediakan oleh Klinik Munir iaitu Rawatan Asma dan Pap Smear.
Poliklinik ini hanya menggunakan pembayaran tunai sahaja buat masa ini. Walau bagaimanapun, waktu operasi mereka dibuka setiap hari!
Untuk lihat lagi terperinici, klik pautan ini di sini.
3️⃣ Klinik Mediviron @ Bandar Sri Sendayan
Klinik Mediviron hanya menyediakan servis kesihatan am sahaja buat masa sekarang. Namun, ianya tak menghalang untuk anda datang menjalani prosedur kesihatan di sini.
Sama seperti Poliklinik Sri Sendayan, klinik ini hanya menggunakan pembayaran tunai sahaja. Waktu operasinya adalah dari pukul 8 pagi sehingga 10 malam setiap hari!
Untuk lihat lagi terperinici, klik pautan ini di sini.
Kami harap senarai ini dapat membantu anda untuk datang ke klinik-klinik ini dan menjalani prosedur kesihatan yang lebih mudah lagi selesa!