
Ketika jerebu, sesetengah anak mungkin mengalami batuk, tekak tidak selesa, mata pedih atau hidung berair. Kanak-kanak boleh lebih sensitif terhadap kesan pencemaran udara, terutama jika mereka mempunyai asma atau masalah pernafasan.
𝐈𝐛𝐮 𝐛𝐚𝐩𝐚 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐧𝐭𝐚𝐮 𝐛𝐚𝐜𝐚𝐚𝐧 𝐈𝐏𝐔 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐤𝐮𝐚𝐥𝐢𝐭𝐢 𝐮𝐝𝐚𝐫𝐚 𝐬𝐞𝐦𝐚𝐬𝐚. Jika keadaan udara tidak baik, kurangkan aktiviti luar dan pastikan anak berada di ruang yang lebih terlindung daripada asap atau habuk.
Namun, batuk ketika jerebu tidak semestinya hanya disebabkan oleh udara yang tidak baik. Anak juga mungkin mempunyai jangkitan saluran pernafasan atau keadaan lain yang memerlukan pemeriksaan.
𝐁𝐚𝐰𝐚 𝐚𝐧𝐚𝐤 𝐤𝐞 𝐤𝐥𝐢𝐧𝐢𝐤 𝐣𝐢𝐤𝐚:
▪️ Batuk semakin kuat atau berpanjangan
▪️ Anak bernafas laju atau kelihatan sukar bernafas
▪️ Ada bunyi wheezing ketika bernafas
▪️ Anak sangat lesu atau tidak mahu minum
▪️ Anak mempunyai asma dan simptomnya semakin teruk
Jangan tunggu keadaan menjadi lebih serius. Pemeriksaan doktor penting untuk mengenal pasti punca batuk dan rawatan yang sesuai.





