
Kencing manis ketika hamil, atau diabetes gestasi, ialah keadaan gula dalam darah meningkat semasa kehamilan. Ia sering dikesan melalui saringan kehamilan, bukan hanya berdasarkan simptom yang dirasai oleh ibu.
Sebab itu, pemeriksaan antenatal berkala sangat penting. Pemeriksaan membantu doktor atau jururawat memantau kesihatan ibu, perkembangan bayi dan mengenal pasti perkara yang memerlukan perhatian lebih awal.
𝐉𝐢𝐤𝐚 𝐝𝐢𝐚𝐛𝐞𝐭𝐞𝐬 𝐠𝐞𝐬𝐭𝐚𝐬𝐢 𝐝𝐢𝐤𝐞𝐬𝐚𝐧, 𝐢𝐛𝐮 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐩𝐚𝐧𝐝𝐮𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐚𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐢𝐤𝐮𝐭 𝐤𝐞𝐚𝐝𝐚𝐚𝐧 𝐢𝐧𝐝𝐢𝐯𝐢𝐝𝐮. Ini mungkin melibatkan pemantauan gula dalam darah, pemakanan, aktiviti yang bersesuaian dan rawatan jika diperlukan.
Diabetes gestasi boleh meningkatkan risiko komplikasi semasa hamil dan ketika bersalin. Ibu yang pernah mengalaminya juga mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat diabetes jenis 2 pada masa hadapan.
Jangan abaikan temujanji kehamilan walaupun ibu berasa sihat. Pemeriksaan berkala membantu memastikan ibu dan bayi dapat dipantau dengan lebih baik.





