KEPENTINGAN ASID FOLIK SEWAKTU HAMIL

Asid folik sangat diperlukan oleh ibu hamil atau individu yang cuba untuk mengandung kerana ia membantu mengelak kecacatan yang serius pada otak dan saraf tunjang bayi yang dikenali sebagai kecacatan tiub saraf, neural tube defects (NTD).

Kecacatan ini kebiasaannya akan berlaku pada awal perkembangan bayi iaitu dalam tempoh 28 hari pertama kehamilan. Malahan ia juga boleh terjadi sebelum ibu menyedari kehamilan mereka.

Berikut merupakan beberapa kepentingan asid folik ketika hamil semester pertama :

▪️ Pembentukan Tiub Neural
Asid folik adalah penting dalam pembentukan tiub saraf awal bayi, yang berlaku dalam tempoh pertama kehamilan,selalunya sebelum seseorang menyedari bahawa dia hamil. Kekurangan asid folik dalam diet ibu boleh meningkatkan risiko kecacatan tiub saraf seperti spina bifida dan enencephaly pada bayi.

▪️ Pembentukan DNA
Asid folik adalah komponen penting dalam pembentukan dan pembaikan DNA. Apabila bayi membesar pada trimester pertama, terdapat peningkatan permintaan untuk pembentukan sel-sel baru. Asid folik membantu dalam proses ini.

▪️ Penghasilan Sel Darah Merah
Asid folik membantu dalam pembentukan sel darah merah. Semasa mengandung, tekanan darah ibu meningkat, dan asid folik membantu untuk memastikan pembentukan sel darah merah yang mencukupi dana mencegah anemia kehamilan.

▪️ Pertumbuhan Plasenta
Asid folik diperlukan untuk pertumbuhan plasenta yang sihat. Plasenta adalah organ yang menyokong perkembangan bayi dengan menghantar nutrien dan oksigen daripada ibi kepada bayi dalam kandungan.

▪️ Mengurangkan Risiko Komplikasi Kehamilan
Kekurangan asid folik telah dikaitan dengan risiko komplikasi kehamilan, seperti praeklampsia dan pertumbuhan janin yang terhad. Suplemen asid folik membantu mengurangkan komplikasi ini.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI