BERAPA MG ASID FOLIK UNTUK IBU MENGANDUNG ?

Pakar menyarankan anda perlu mengambil sekurang-kurangnya 400 mikrogram asid folik pada setiap hari untuk mengurangkan risiko bayi dalam kandungan mengalami kecacatan. Ini perlu dilakukan sekurang-kurangnya sebulan sebelum anda mencuba untuk hamil lagi.

Dalam beberapa kes, kehamilan adalah di luar jangkaan jadi semua wanita disarankan mengambil 400 mikrogram asid folik dalam sehari.

Ada juga pakar yang menyarankan anda untuk meningkatkan pengambilan asid folik untuk ibu mengandung kepada 600 mikrogram, ia bertujuan untuk membantu proses pertumbuhan dan perkembangan bayi dalam kandungan.

Periksa label vitamin dan suplemen atau terus berjumpa doktor untuk memastikan anda telah mengambil asid folik yang secukupnya. Jika masih kurang, pertimbangkan untuk menukar jenama vitamin atau suplemen anda.

Jika anda disarankan untuk mengambil vitamin pranatal, ia mungkin sudah memberikan anda sekurang-kurangnya 800 hingga 1,000 mikrogram asid folik. Namun begitu, anda masih perlu memeriksa label atau terus berjumpa doktor.

Jangan mengambil lebih daripada 1,000 mikrogram asid folik sehari melainkan atas saranan doktor. Ini kerana asid folik berlebihan boleh menyembunyikan tanda-tanda tubuh badan kekurangan vitamin B12, yang boleh menyebabkan kerosakan saraf.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI