APAKAH YANG MENYEBABKAN GIGI JADI SENSITIF ?

Gigi sensitif ialah rasa ketidakselesaan atau sakit pada gigi. Gigi sensitif berlaku apabila lapisan luar yang melindungi gigi, iaitu enamel atau cementum terhakis hingga menyebabkan pendedahan lapisan dentin.

Dentin terdiri daripada lubang-lubang kecil yang dipanggil tubul. Di hujung tubul-tubul ini terkandung cabang saraf yang berasal dari pulpa gigi (pusat saraf gigi). Apabila lapisan dentin yang terdedah ini bersentuh dengan sesuatu yang sejuk contohnya, cabang saraf di dalam gigi akan distimulasikan dan ini menyebabkan kesakitan gigi sensitif.

Rasa ngilu atau sakit dirasakan apabila lapisan dalam gigi iaitu lapisan dentin disebabkan gusi yang menyusut terdedah kepada:

👉 Pengambilan makanan atau minuman panas, sejuk, manis atau masam
👉 Memberus gigi
👉 Bernafas melalui mulut

Gigi sensitif juga boleh disebabkan oleh perkara-perkara berikut:

1️⃣ Memberus gigi terlalu kuat dengan teknik yang salah sehingga mencederakan gusi dan mendedahkan akar gigi. Memberus gigi dengan cara mendatar boleh mengakibatkan kengiluan gigi
2️⃣ Penyakit gusi, iaitu penyakit yang menyerang gusi dan tulang yang menyokong gigi juga boleh menyebabkan gigi sensitif. Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan penyusutan struktur tulang dan gusi seterusnya menyebabkan pendedahan akar gigi
3️⃣ Pendedahan lapisan dentin yang disebabkan oleh kehausan permukaan gigi yang berlaku secara aktif
4️⃣ Mengetap dan mengasah gigi boleh menghakis lapisan enamel dan mendedahkan lapisan dentin
5️⃣ Memakan makanan dan minuman yang berasid dengan kerap, seperti buah-buahan dan jus yang masam, serta minuman bergas yang boleh menyebabkan hakisan lapisan permukaan gigi
6️⃣ Gigi berlubang yang tidak dirawat
7️⃣ Tampalan lama pada gigi yang telah retak atau renggang
8️⃣ Pembedahan gusi yang mendedahkan akar gigi. Proses pemutihan gigi juga boleh menyebabkan gigi sensitif

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI