Selaras dengan kemajuan teknologi, proses scan bayi juga ditingkatkan daripada 2D kepada 4D. Pun begitu, terdapat sebilangan individu beranggapan bahawa scan 4D mesti menggunakan kadar intensiti yang lebih tinggi berbanding proses imbasan ultrabunyi 2D.
Pastinya ramai bakal ibu dan bapa khuatir mengenai kesan sampingan peralatan pengimbasan 4D kan ?
Walau bagaimanapun, scan 4D telah dibuktikan sebagai 1 prosedur yang selamat sepenuhnya bagi ibu hamil dan kandungan. Scan 4D yang dilakukan beroperasi pada tahap intensiti yang sama dengan peralatan scan 2D.
Ia akan memancarkan gelombang bunyi ke dalam badan dan menghasilkan gambar berdasarkan gema yang didengar. Hakikatnya teknologi imbasan ultrabunyi mempunyai banyak persamaan dengan radar.
Umumnya, jika anda melakukan scan bayi, tidak kiralah scan 2D, scan 3D mahupun scan 4D, prosedur tersebut tidak akan mendedahkan bayi kepada radiasi dan biasanya tidak akan menyakitkan mereka.
Kajian mencadangkan bahawa kaedah imbasan scan 4D adalah selamat untuk dilakukan. Di samping itu, gambar yang terhasil dapat membantu doktor untuk mengetahui jika wujud sebarang kesan pada bayi dan memudahkan mereka untuk menjelaskannya.
Kebanyakan doktor lebih gemar melakukan imbasan ultrabunyi 4D kepada ibu mengandung kerana proses tersebut dapat menunjukkan sebarang masalah kepada bayi.
Antaranya seperti kecacatan kelahiran tertentu melibatkan sumbing pada lelangit yang tidak mungkin dapat dikesan pada prosedur imbasan standard.