APAKAH PROSEDUR IMBASAN ULTRABUNYI SELAMAT DILAKUKAN ?

Perkara yang paling mengujakan ibu mengandung adalah saat untuk melakukan scan bayi. Tetapi adakah prosedur imbasan ultrabunyi selamat untuk dilakukan?

Tahap keselamatan saat melakukan scan bayi atau prosedur imbasan ultrabunyi (ultrasound) merupakan antara kebimbangan biasa bagi kebanyakan ibu bapa.

Ramai bakal ibu dan bapa berasa ragu tentang idea untuk melakukan imbasan tersebut kerana khuatir ia boleh memberikan kesan buruk kepada ibu mengandung atau bayi.

Berita baiknya, dalam tempoh kajian dan penyelidikan selama 30 tahun, proses scan bayi didapati tidak mendatangkan sebarang kesan mudarat sama ada kepada ibu mahupun bayi dalam kandungan.

Seperti namanya, ultrabunyi, teknologi yang digunakan adalah bergantung kepada gelombang suara digunakan pada kadar intensiti yang selamat untuk tujuan pengimbasan kehamilan.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI