ADUH..BAYI SELALU MENANGIS ?

Bayi yang menangis adalah satu perkara biasa. Ia adalah satu proses tumbesaran biasa bagi bayi dan salah satu cara untuk mereka berkomunikasi.

Tetapi sebagai ibu bapa, sudah tentu setiap kali mendengar bayi menangis, hati rasa tidak tenang. Malahan sekiranya tangisan itu berlarutan, haa…pasti ada dalam kalangan ibu bapa yang berasa tertekan, bukan?

Bayi biasanya akan menangis apabila :

✅ Lapar dan dahaga
✅ Mengantuk atau letih
✅ Kesejukan atau basah
✅ Minta didukung
✅ Perlu ditukarkan lampin
✅ Dalam kesakitan atau tidak selesa

Menangis berterusan boleh ditafsirkan sebagai :

✅ Menangis berterusan pada jangka masa yang lama
✅ Menangis meskipun semua keperluan dipenuhi
✅ Menangis dengan nada yang berbeza dari tangisan biasa
✅ Menangis disertai dengan pergerakan luar biasa seperti bayi menangis sambil mengangkat kedua-dua kaki ke atas

Keadaan tertentu yang boleh menyebabkan bayi menangis berterusan:

1️⃣ Kembung perut
2️⃣ Penyakit

Namun sila ambil perhatian apabila bayi menangis berterusan ini adalah satu petanda penyakit yang teruk dan dapatkan rawatan segera.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI