Bukan mudah sebenarnya untuk menjadi ibu bapa. Ia bukan satu peranan yang mempunyai buku panduan kerana setiap bayi adalah berbeza. Kunci paling utama adalah bersabar, terutama bagi individu yang pertama kali bergelar ibu bapa.
Bayi menangis atas pelbagai alasan, jadi beri perhatian dengan segera apabila bayi anda menangis. Pengalaman dan masa mengajar anda mengenali keperluan bayi anda dan bertindaklah mengikut keperluan.
1️⃣ Bayi yang menangis akibat lewat diberi susu akan dapat diatasi dengan tidak melengahkan masa pemberian susu.
2️⃣ Bayi yang lampinnya basah akibat kencing atau berak hanya perlu ditukarkan lampin.
3️⃣ Bayi yang kesejukan akan selesa apabila dibalut dengan selimut atau pakaian.
4️⃣ Periksa seandainya ada keadaan yang boleh menyebabkan kesakitan, seperti pin lampin terbuka atau disengat serangga.
5️⃣ Memeluk rapat bayi anda dan menghayunkanya perlahan-lahan.
6️⃣ Urutan atau usapan lembut di belakang atau didada bayi.
Kadangkala bayi menangis berterusan meskipun segala usaha telah diambil untuk memujuknya. Anda mesti bertenang dan tidak tertekan kerana jika tidak perasaan bayi anda akan lebih terganggu.
Jangan sesekali mengoncang bayi anda kerana ini boleh mengakibatkan kecederaan teruk kepada leher dan otak bayi anda. Sekiranya anda rasa tertekan / keletihan minta bantuan kawan atau ahli keluarga yang lain mengambil alih menjaga bayi anda.