Walaupun anak anda memilih atau mengelak salah satu jenis makanan daripada diet hariannya, ini anda tidak perlu bimbang jika dia membesar secara normal.
Mungkin ibu-ibu boleh cuba cara ini bagi memujuk anak supaya makan :
✅ Berikan makanan yang sering dielakkan oleh anak anda pada masa yang lain. Terus berusaha dan jangan putus asa.
✅ Terus memperkenalkan makanan baru kepada anak anda.
✅ Sediakan makanan yang berbeza (termasuklah makanan yang disukai oleh anak anda) pada setiap waktu makan.
✅ Hidangkan makanan dalam pelbagai bentuk yang menarik.
✅ Elakkan makanan manis seperti gula-gula di antara waktu makan.
✅ Anda boleh memberi vitamin tambahan sekiranya anak anda enggan mengambil makanan tertentu dalam jangka masa yang lama.
✅ Elakkan makan ketika menonton tv kerana ia akan mengganggu perhatian anak anda.
✅ Makan bersama ahli keluarga akan menggalakkan anak anda makan. Ia juga memberi anda peluang memberi perhatian dan mengajar anak anda makan.
✅ Tunjukkan contoh yang baik dengan memakan perlbagai jenis makanan.
Paling penting – elakkan daripada pertengkaran ketika waktu makan :
1️⃣ Belajar untuk mengurangkan perasaan risau atau bimbang kerana keadaan ini boleh menguatkan lagi keengganan anak anda untuk makan.
2️⃣ Jangan memaksa anak anda untuk makan.
3️⃣ Jangan bertengkar dengan anak anda semasa waktu makan.
4️⃣ Jangan menghukum anak anda sekiranya tidak mahu makan.
5️⃣ Berikan pujian jika anak anda mula memakan jenis makan yang selama ini ditolak olehnya.
Walaupun anak anda hanya mengambil beberapa jenis makanan sahaja, ini tidak bermakna anak anda mengalami kekurangan zat makanan.