
Mengidam merupakan rasa untuk makan sesetengah jenis makanan yang datang secara tiba tiba. Ianya merupakan sesuatu fenomena yang memang terjadi dan akan mempengaruhi semua wanita yang sedang hamil.
Kadang kala, anda akan rasa teringin untuk makan makanan yang biasa seperti coklat, cake, ataupun buah buahan. Namun terdapat sesetengah masa dimana anda akan teringin untuk makan makanan yang pelik seperti gabungan makanan yang anda tidak suka dan sebagainya.
Makanan yang biasanya wanita mengidam akan makan ialah coklat, ais krim, gula gula, ikan, produk tenusus dan macam macam lagi.
๐๐๐ฉ๐ข ๐๐ฉ๐ ๐ฒ๐๐ง๐ ๐ฆ๐๐ง๐ฒ๐๐๐๐๐ค๐๐ง ๐ข๐๐ฎ ๐ก๐๐ฆ๐ข๐ฅ ๐ฆ๐๐ง๐ ๐ข๐๐๐ฆ ?
1๏ธโฃ Penyebab berlakunya mengidam atau penolakan sesuatu jenis makanan semasa mengandung masih tidak diketahui.
2๏ธโฃ Terdapat pelbagai faktor yang dikaitkan sebagai punca berlakunya mengidam.
3๏ธโฃ Perkara seperti peningkatan keperluan kalori serta zat makanan (nutrien) semasa kehamilan dan keperluan untuk pertumbuhan atau pembentukan janin merupakan alasan mengapa keadaan ini berlaku.
Walau bagaimanapun, ada sesetengah saintis atau penyelidik menyatakan perubahan hormon semasa mengandung turut memberi kesan kepada deria bau. Ini secara tidak langsung memberi kesan dalam pemilihan dan pengambilan makanan.
Mengidam sesuatu jenis makanan semasa mengandung turut dikaitkan sebagai petanda berlakunya kekurangan zat makanan atau nutrien.
Sebagai contoh, seseorang wanita hamil yang mengidam susu atau produk tenusu seperti keju menunjukkan kekurangan kalsium. Manakala mengidam makanan manis seperti coklat menandakan peningkatan keperluan kalori atau kekurangan vitamin B.