1️⃣ Tabiat diet yang tetap
Pengambilan makanan yang sedikit tetapi kerap adalah digalakkan manakala 3 waktu makan utama iaitu sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam adalah perlu.
2️⃣ Ambil diet seimbang
Pengambilan diet yang seimbang dan pelbagai perlulah berdasarkan piramid makanan.
3️⃣ Kurangkan pengambilan kafein
Pengambilan kafein seperti kopi dan teh disarankan tidak melebihi 2 cawan sehari.
4️⃣ Kurangkan pengambilan garam
Pengambilan garam secara berlebihan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi.
5️⃣ Kurangkan gula
Pengambilan gula yang tinggi boleh mengurangkan kapasiti sistem imun yang perlu dalam pengurusan stres.
6️⃣ Berhenti dari pengambilan alkohol
Kurangkan pengambilan alkohol secara beransur-ansur agar keseimbangan badan dapat dikekalkan dan menghindari stres.
7️⃣ Keperluan vitamin dan mineral yang mencukupi melalui diet seimbang
Pengambilan vitamin dan mineral yang mencukupi dapat meningkatkan keseimbangan badan dan menghindarkan stres.
8️⃣ Penggunaan bahan makanan yang mengandungi probiotik
Pengambilan bahan makanan yang mengandungi ‘lactobacillus acidhophitis’ dapat menghalang pembesaran bakteria patogen dan menggalakkan sistem imun, menambah vitamin dan meningkatkan ketahanan terhadap stres.
9️⃣ Kekalkan berat badan
Pengekalan berat badan yang ideal dan pengamalan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30 minit mampu memberikan ketenangan di samping badan menjadi lebih aktif.
🔟 Hentikan tabiat merokok
Nikotin yang terdapat di dalam tembakau memberikan rasa ketenangan pada jangka masa pendek tetapi toksin di dalam nikotin akan meningkatkan degupan jantung dan stres.