Bila si kecil sakit, benda yang paling susah untuk kita hadapi mestilah time sesi makan ubat. Perit betul melalui sesi tersebut.
Nak buat macam mana, kalau yang betul-betul degil tu, sampai terpaksa pegang tangan dan kaki semata-mata nak makan ubat. Ada juga yang jenis makan ubat sikit-sikit. Ada pula yang telan sikit saja dah muntah. Terpaksa lah mama ambil dos lain.
Tapi sebenarnya penting untuk kanak-kanak dapat dos yang tepat. Tapi kalau terlebih dos boleh membahayakan. Kurang dos pula buat ubat tidak berkesan. Ibu nak tahu alat apa yang patut digunakan untuk beri ubat kepada anak?
Terdapat berbagai jenis peralatan yang sesuai dan berkesan untuk memberikan ubat kepada kanak-kanak, iaitu :
1️⃣ Penitis berukuran dan picagari oral
▪️ Bayi dan kanak-kanak kecil – Ukur ubat pada paras mata dan beri dengan segera
2️⃣ Sudu berdos
▪️ Kanak-kanak yang tidak boleh minum dari cawan
3️⃣ Cawan ubat
▪️ Kanak-kanak yang boleh minum dari cawan
Jika anak anda memuntahkan ubat dalam tempoh 20 minit dari dos pertama, ulang pemberian ubat dengan dos yang sama. Namun jika ianya berulang kali, berhenti dan hubungi doktor.
Bila anak anda perlu makan ubat dalam jangkamasa yang panjang, anda boleh membeli alat pemecah ubat.
Bila ubat diperlukan untuk jangkamasa yang pendek, hancurkan ubat dengan menggunakan belakang sudu di atas sekeping kertas.