4 CARA MEMASTIKAN ANAK ANDA MEMAKAI CERMIN MATA

Bagi kebanyakan kes, kanak-kanak perlu memakai cermin mata sekerap mungkin. Kebanyakan kanak-kanak akan gemar memakai cermin mata apabila menyedari bahawa tahap penglihatan mereka jauh lebih baik dengan pemakaian cermin mata.

Sekiranya kanak-kanak mendapati penglihatan mereka lebih baik dengan cermin mata,mereka akan sentiasa memakai cermin mata dan perkara pertama yang akan diminta pada awal pagi adalah cermin mata.

Kanak-kanak perlu diajar menanggalkan cermin mata menggunakan kedua belah tangan dengan betul. Gunakan air dan sabun untuk membasuh cermin mata dan gunakan kain yang lembut untuk mengelapnya bagi mengelakkan calar pada kanta cermin mata. Bingkai cermin mata kanak-kanak perlu kerap dibaiki kedudukannya.

Terdapat beberapa cara bagi untuk memastikan anak anda memakai cermin mata :

1️⃣ Pastikan preskripsi cermin mata adalah betul. Sekiranya preskripsi adalah betul, cuba terangkan keperluan memakai cermin mata kepada anak anda.

2️⃣ Pastikan bingkai cermin mata anak anda sesuai dan selesa dipakai. Periksa kedudukan cermin mata secara berkala bagi memastikan tidak terdapat sebarang alahan pada kulit.

3️⃣ Pilih bingkai cermin mata yang tahan lama serta mempunyai bingkai cermin mata dengan tangkai yang boleh dililit di belakang telinga. Ini boleh membuatkan bingkai cermin mata berada pada kedudukan yang baik dan sukar ditanggalkan oleh kanak-kanak.

4️⃣ Pastikan kanak-kanak selesa dengan pemakaian cermin mata. Mulakan dengan memakai cermin mata untuk tempoh satu jam atau lebih dan tambahkan waktu pemakaian sehingga kanak-kanak tersebut boleh mengadaptasi dan memakainya untuk jangka masa yang lebih lama.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI