SUKAR MEMAHAMI PERCAKAPAN SI MANJA ANDA ?

Adakah ramai orang sukar untuk memahami percakapan anak anda ? Malahan, anda juga tidak dapat menangkap maksud percakapannya ?

Anda dapati anak anda memahami pertuturan dengan baik tetapi bunyi percakapannya seperti ada yang tidak kena. Sudahkah anda membawa anak untuk berjumpa dengan Terapis Pertuturan-Bahasa (TPB) dan di sana anda mendengar tentang masalah apraksia ?

Apa itu Apraksia ?

Apraksia ialah sejenis kecelaruan pertuturan motor (motor speech disorder). Kanak-kanak yang mengalami apraksia tidak boleh menggerakkan mulut dan lidah untuk menghasilkan bunyi percakapan dengan betul. Ini berlaku walaupun tiada kelemahan pada otot-otot muka.

Kanak-kanak tersebut mempunyai masalah untuk menyampaikan mesej dari otak ke organ pertuturan. Ini menyebabkan mereka susah untuk merancang, menyusun dan menyebut bunyi dan perkataan ketika berkomunikasi. Hasilnya, pertuturan mereka sukar difahami oleh orang. lain.

Apakah faktor penyebab Apraksia ?

Masalah apraksia di kalangan kanak-kanak selalunya berpunca dari kerosakan saraf pada otak disebabkan oleh jangkitan, penyakit dan kecederaan kepala.

Apraksia di kalangan kanak-kanak juga boleh disebabkan oleh faktor lain seperti :

✅ Masalah keturunan
✅ Masalah degenerative
✅ Masalah metabolic
✅ Sawan

Walau bagaimanapun, tidak semua kanak-kanak mengalami penyakit di atas akan mempunyai apraksia. Ada juga kanak-kanak yang mengalami masalah apraksia tanpa diketahui faktor penyebabnya.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI