Pengiraan Penambahan Berat Badan Normal Bagi Ibu Hamil

Sebelum mengetahui mengenai kenaikan berat badan yang normal, langkah pertama yang perlu ibu lakukan adalah mengira Body Mass Index (BMI) peribadi sebelum kehamilan.

Cara mendapatkan BMI adalah melalui pembahagian dari berat dengan ketinggian badan.

Hasil pengiraan BMI terdiri terdapat 4 kategori, iaitu :

1️⃣ Underweight (berat badan rendah)
2️⃣ Normal weight (berat badan normal)
3️⃣ Overweight (berat badan berlebihan)
4️⃣ Obesiti

Keempat kategori ini memiliki jumlah kenaikan berat badan yang berbeza selama tempoh kehamilan:

👉 Underweight (<18,5 kg/m²
( berat badan bertambah 12,5-18 kg sepanjang kehamilan )

👉 Normal weight (18,5-24,9 kg/m²)
( penambahan berat badan 11,5-16 kg sepanjang kehamilan )

👉 Overweight (25-29,9 kg/m²)
( berat badan bertambah 7-11,5 kg sepanjang kehamilan )

👉Obesiti (≥30 kg/m²)
( penambahan berat badan 5-9 kg sepanjang kehamilan )

Setelah mengetahui BMI, para ibu boleh memantau kenaikan berat badan yang ideal di setiap trimester kehamilan.

Ibu juga digalakkan berjumpa dengan doktor untuk konsultasi dengan merujuk BMI dan bandingkan dengan kenaikan berat badan yang perlukan.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI