Ramai ibu bapa teruja untuk buat scan bayi dalam kandungan untuk melihat wajah bayi dengan scan 3D dan 4D. Hakikatnya, ramai yang tidak tahu tentang details scan yang sangat penting bukan sahaja untuk mengetahui perkembangan bayi, malah boleh mengesan sekiranya terdapat keabnormalan!
Sekiranya terdapat sebarang masalah sejak dari dalam perut lagi contohnya kebocoran pada jantung baby, boleh dirujuk terus kepada pakar untuk pemantauan terperinci dan consultation.
Jadi doktor scan apa semasa detail scan ?
▪️ Kepala – bentuk tengkorak dan struktur otak
▪️ Muka – profil muka, soket dan kanta mata, hidung, mulut dan lelangit
▪️ Jantung – kedudukan jantung, saiz, “bilik-bilik” jantung, “dinding” jantung, injap, beberapa salur darah utama
▪️ Diaphragm – otot di antara bahagian dada dan abdomen
▪️ Abdomen – perut, hati, buah pinggang dan pundi kencing
▪️ Tulang belakang
▪️ Tangan dan kaki – setiap tulang termasuk jari jemari
▪️ Jantina baby
▪️ Tali pusat
▪️ Keadaan serviks ibu
▪️ Kedudukan uri perlu diperhati samada normal atau uri rendah
▪️ Amaun amniotic fluid (air ketuban) diukur untuk memastikan ianya mencukupi menampung tumbesaran baby sepanjang dalam rahim
Jadi, secara umumnya, Detail Scan ni MEMANG PENTING untuk ibu bapa yang sedang menantikan kelahiran cahaya mata.
Waktu sesuai untuk lakukan detail scan ini boleh dibuat antara minggu ke 18-28 sebab kalau baby dah besar, baby akan padat sangat. Jika dibuat selepas tempoh itu ada sesetengah benda tak nampak dengan jelas sebab baby padat.