PERSEDIAAN KECIL UNTUK IBU DAN ANAK KETIKA CUACA TIDAK MENENTU

•

Cuaca tidak menentu boleh berubah dengan cepat. Hujan lebat, banjir kilat atau gangguan perjalanan boleh menyukarkan ibu bapa untuk keluar mendapatkan barang keperluan pada saat akhir.

Sebab itu, sediakan satu beg atau bekas kecil yang mudah dicapai di rumah.

𝐀𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐫𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐝𝐢𝐬𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧:

▪️ Lampin, tisu basah dan pakaian tambahan untuk bayi atau anak kecil
▪️ Susu, makanan yang sesuai dan air minuman yang selamat
▪️ Ubat yang memang telah diberi atau digunakan oleh anak mengikut nasihat doktor
▪️ Rekod kesihatan dan rekod imunisasi anak
▪️ Nombor telefon klinik, ahli keluarga dan bantuan kecemasan
▪️ Lampu suluh, power bank dan sedikit wang tunai

𝐉𝐢𝐤𝐚 𝐚𝐝𝐚 𝐚𝐫𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐩𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐚𝐦𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐩𝐢𝐡𝐚𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚, 𝐢𝐤𝐮𝐭 𝐚𝐫𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐬𝐞𝐛𝐮𝐭.

Dokumen kesihatan dan keperluan anak juga elok disimpan dalam bekas kalis air. Persediaan kecil boleh membantu ibu bapa bertindak dengan lebih tenang apabila keadaan berubah.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI

Kesihatan Am

Ibu & Anak

Kesihatan Pekerjaan

Rehabilitasi

Umum