5 TIP SCAN BAYI

Berikut beberapa perkara yang disarankan untuk ibu mengandung lakukan sebelum menjalani prosedur imbasan ultrabunyi bagi membantu mendapatkan gambar terbaik:

1️⃣ Waktu sesuai
▪️Biasanya jantina bayi dapat ditentukan secara tepat selepas 16 minggu tempoh kehamilan
▪️Pada minggu ke 24 hingga 26, anda mungkin boleh melihat ciri wajah bayi dengan lebih jelas
▪️Sekiranya anda hanya mahu melakukan 1 imbasan, tempoh antara minggu ke 27 hingga 32 adalah yang terbaik

2️⃣ Perbanyakkan minum air
▪️ Ia dapat membantu menentukan kualiti gambar yang akan diperolehi
▪️ Meningkatkan kualiti dan kejernihan air ketuban yang dianggap sebagai ‘tingkap’ untuk melihat bayi
▪️Semakin jelas tingkap, maka gambar yang diambil akan semakin baik

3️⃣ Makan
▪️Ibu mengandung digalakkan untuk mengambil makanan ringan seperti roti sandwic, salad atau semangkuk pasta, dalam tempoh 45 minit hingga sejam sebelum scan bayi dilakukan. Ia akan menjadikan bayi lebih aktif untuk bergerak.

4️⃣ Jus buah
▪️ Meminum jus buah seperti oren atau epal juga membuatkan bayi semakin aktif bergerak. Gula semula jadi dalam jus akan memberikan tempoh aktif yang lebih lama. Cubalah minum segelas jus 30 minit sebelum temu janji anda.

5️⃣ Pakai pakaian longgar
▪️ Ibu mengandung disarankan untuk berpakaian longgar dan memilih memakai seluar.
▪️ Ia membantu memberikan keselesaan sepanjang tempoh 15 hingga 30 minit prosedur imbasan ultrabunyi dilakukan.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI