TIPS ELAK KEJADIAN TERSEDAK SUSU

Ramai yang menganggap bahawa masalah tersedak ini satu perkara yang boleh diambil ringan. Tahukah anda bahawa tersedak ini sangat sinonim apabila ia kebanyakannya berlaku terhadap bayi, kanak-kanak sehingga ianya boleh membawa maut?

Realitinya, di negara kita juga tidak lari daripada kejadian tersedak sehingga membawa maut ini yang mana lazimnya berlaku kepada bayi seawal tiga bulan yang sedang minum susu botol secara salah.

Sebenarnya masalah tersedak susu boleh dielakkan sekiranya kita memberi lebih perhatian semasa penyusuan.

Penjaga atau ibu bapa perlu sentiasa kerap mengawasi bayi semasa menyusu. Ini dapat mengelakkan masalah tersedak susu dan ia membolehkan bayi diberi bantuan segera sekiranya berlaku komplikasi.

Berikut adalah tips yang boleh diamalkan semasa penyusuan untuk mengelakkan bayi daripada tersedak susu :

💥 JANGAN sekali-kali meninggalkan bayi bersendirian semasa menyusu.
💥 JANGAN guna kain atau bantal untuk menyokong botol susu semasa menyusu.
💥 Elakkan bayi daripada tertidur (terlena) semasa menyusu. Sekiranya bayi tertidur, hentikan penyusuan dengan menarik keluar puting. Penyusuan boleh disambung apabila bayi terjaga.
💥 Elakkan memberi susu kepada bayi dalam keadaan bayi berbaring secara terlentang. Ini akan menyusahkan bayi menelan dan meningkatkan risiko bayi tersedak.
💥 Elakkan daripada membaringkan bayi dalam tempoh 30 minit atau lebih. Biarkan bayi dalam keadaan duduk atau posisi di mana kepala adalah lebih tinggi daripada badan.
💥 Elakkan menggoncang bayi di dalam buaian atau bouncer bagi mengelakkan bayi muntah.
💥 Pastikan kepala bayi dalam posisi mengiring semasa tidur selepas menyusu. Ini membolehkan susu mengalir keluar dan tidak menyebabkan bayi tersedak sekiranya termuntah.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI