kehamilan

  • BERAPA MG ASID FOLIK UNTUK IBU MENGANDUNG ?

    BERAPA MG ASID FOLIK UNTUK IBU MENGANDUNG ?

    Pakar menyarankan anda perlu mengambil sekurang-kurangnya 400 mikrogram asid folik pada setiap hari untuk mengurangkan risiko bayi dalam kandungan mengalami kecacatan. Ini perlu dilakukan sekurang-kurangnya sebulan sebelum anda mencuba untuk hamil lagi. Dalam beberapa kes, kehamilan adalah di luar jangkaan jadi semua wanita disarankan mengambil 400 mikrogram asid folik dalam sehari. Ada juga pakar yang…

  • KEPENTINGAN ASID FOLIK SEWAKTU HAMIL

    KEPENTINGAN ASID FOLIK SEWAKTU HAMIL

    Asid folik sangat diperlukan oleh ibu hamil atau individu yang cuba untuk mengandung kerana ia membantu mengelak kecacatan yang serius pada otak dan saraf tunjang bayi yang dikenali sebagai kecacatan tiub saraf, neural tube defects (NTD). Kecacatan ini kebiasaannya akan berlaku pada awal perkembangan bayi iaitu dalam tempoh 28 hari pertama kehamilan. Malahan ia juga…

  • PROSEDUR SEBELUM MENDAPAT BUKU PINK

    PROSEDUR SEBELUM MENDAPAT BUKU PINK

    Buku pink perlu dibuka bermula dari sebaik sahaja ibu mengetahui dirinya hamil sehingga sebelum berakhirnya trimester pertama. Ibu hamil perlu mengenalpasti Klinik Kerajaan atau Klinik Kesihatan Ibu & Anak (KKIA) berhampiran berdasarkan alamat tempat tinggal semasa. Di sinilah ibu akan mendapatkan pemeriksaan pertama fasa awal kehamilan, dan seterunya membuka ‘buku pink’ ini. Sebelum ‘buku pink’…

  • APAKAH KEPENTINGAN BUKU PINK ?

    APAKAH KEPENTINGAN BUKU PINK ?

    Tidak kira hospital atau klinik kerajaan atau swasta, buku pink ini amat penting dan ibarat nyawa kepada setiap ibu hamil dan bayi yang dikandungnya. Setiap catatan oleh doktor yang memeriksa, appointment susulan atau berkala yang telah dtetapkan, perlulah diikuti dan difahami. Selain itu, ibu juga perlu memberikan maklumat yang tepat serta tidak berselindung dari segala…

  • BILAKAH PEMERIKSAAN KEHAMILAN BERMULA?

    BILAKAH PEMERIKSAAN KEHAMILAN BERMULA?

    Pemeriksaan pertama pranatal anda, dikenali sebagai “lawatan pranatal awal”, biasanya berlaku dalam tempoh 8 hingga 12 minggu pertama kehamilan. Semasa check up kehamilan, doktor akan mengesahkan kehamilan anda, menganggarkan tarikh jangkaan bersalin dan membincangkan sejarah perubatan mommy. Lawatan pranatal yang dicadangkan adalah : 👉 Sebelum 28 minggu – sebulan sekali👉 28 hingga 35 minggu –…

  • ANDA TAK PASTI MENGANDUNG ATAU TAK ?

    ANDA TAK PASTI MENGANDUNG ATAU TAK ?

    Setiap wanita adalah berbeza dan apabila berbicara mengenai mengandung, pastinya setiap individu mempunyai proses kehamilan yang sedikit berbeza. Namun begitu, terdapat beberapa perubahan yang akan berlaku pada tubuh badan setiap wanita apabila mereka hamil. 1️⃣ Sakit pada bahagian payudaraJika payudara anda mula berasa sakit dan sensitif, ini merupakan tanda-tanda kehamilan peringkat awal. Ketika ini, bahagian…

  • APA PERSEDIAAN MOMMY UNTUK SCAN DI AWAL KEHAMILAN ?

    APA PERSEDIAAN MOMMY UNTUK SCAN DI AWAL KEHAMILAN ?

    Bagi wanita yang kehamilannya kurang daripada 14 minggu, akan diminta untuk mengisi pundi kencingnya dengan kapasiti yang mencukupi. Ini kerana gelombang bunyi dapat bergerak lebih baik melalui cecair, maka pundi kencing yang penuh dapat meningkatkan kualiti ultrabunyi pada imbasan tempoh awal kehamilan. Apabila tempoh kehamilan semakin meningkat, biasanya keperluan untuk memenuhkan pundi kencing tidak begitu…

  • BILA WAKTU YANG SESUAI UNTUK MELAKUKAN SCAN DI AWAL KEHAMILAN?

    Prosedur scan atau ultrabunyi (ultrasound) merupakan ujian diagnostik tanpa rasa sakit yang dilakukan kebanyakan wanita semasa tempoh kehamilan. Gelombang bunyi berfrekuensi tinggi akan bergerak ke dalam rahim dan kembali daripada janin sebagai getaran. Gema yang dihasilkan akan diterjemah ke isyarat elektrik dan dipancarkan sebagai gambar hitam putih pada monitor – memaparkan tisu lembut dan organ…

  • APA YANG BERLAKU KETIKA SCAN DI AWAL KEHAMILAN ?

    APA YANG BERLAKU KETIKA SCAN DI AWAL KEHAMILAN ?

    Dalam tempoh kehamilan, pastinya anda akan melakukan prosedur scan kandungan! Ketika dapat melihat bayangan si manja pasti jadi momen yang menggembirakan ibu ayah. Prosedur ultrabunyi ini biasanya dilakukan di klinik atau hospital. Terdapat 2 jenis imbasan: 1️⃣ Transvaginal Probe Janin berada di dalam pelvis pada awal kandungan dan gelombang bunyi tidak dapat melepasi tulang, maka…

  • APAKAH YANG DILAKUKAN SEMASA LAWATAN SUSULAN PRANATAL ?

    APAKAH YANG DILAKUKAN SEMASA LAWATAN SUSULAN PRANATAL ?

    Semasa lawatan ini tahap kesihatan dan keadaan kandungan anda akan dinilai dan dipantau. Penglibatan keluarga terutama suami dan waris adalah digalakan bagi tujuan :👉 Untuk sokongan emosi bila diperlukan.👉 Menggalakan mengikut nasihat dan program penjagaan pranatal.👉 Membantu mengenalpasti keperluan dan kehendak ibu.👉 Berbincang bagi merancang kelahiran.👉 Saringan HIV kepada suami atau pasangan jika diperlukan dalam…