SUSAH TIDUR MALAM ?

Pernahkah anda mengalami keadaan ini? Susah tidur dan badan asyik berasa lesu, hingga kesihatan diri merudum. Apakah punca susah tidur malam ini?

Insomnia adalah gangguan tidur biasa, yang menjadi punca susah tidur malam dengan nyenyak atau bangun terlalu awal serta tidak dapat tidur semula.

Anda juga mungkin akan rasa sangat letih dan lesu ketika bangun tidur. Ia bukan sahaja boleh mengurangkan tahap tenaga dan mood anda, bahkan kesihatan, prestasi kerja dan kualiti hidup.

Pengkelasan Insomnia :

1️⃣ Insomnia Sementara – Berlangsung unutk beberapa hari

Insomnia sementara berlaku sekiranya terdapat perubahan jangka pendek kepada keadaan persekitaran dan/atau emosi seperti melancong, kemasukan ke hospital atau kegairahan. Biasanya, gelaja masalah tidur ini akan hilang selepas beberapa hari dan tidak sepatutnya menyebabkan masalah tidur yang serius.

2️⃣ Insomnia Jangka Pendek – Berlangsung daripada beberap hari sehingga 3 minggu

Insomnia jangka pendek biasanya menyusuli kejadian besar yang berlaku dalam kehidupan seseorang seperti kematian ahli keluarga/saudara yang dekat, dibuang kerja atau penceraian. Gejala masalah tidur mungkin akan berlanjutan lebih daripada beberapa hari, tetapi tidak sepatutnya berlanjutan lebih daripada 3 minggu.

3️⃣ Insomnia Kronik – Berlangsung daripada beberapa bulan sehingga beberapa tahun

Insomnia kronik berlaku sekiranya insomnia jangka pendek tidak ditangani dengan baik.

Insomnia kronik mungkin akan berlanjutan daripada beberapa bulan sehingga beberapa tahun. Gelaja masalah tidur mungkin akan menjadi lebih teruk disebabkan oleh keresahan, pengambilan ubat-ubatan, penyalahgunaan alkohol/ dadah dan masalah perubatan lain.

Adalah amat penting untuk mengenalpasti punca insomnia jangka panjang sekiranya masalah gangguan tidur ini hendak dikendalikan dengan baik.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI