SAKIT dada adalah salah satu penyebab kedatangan pesakit ke Jabatan Kecemasan dan Trauma, hospital-hospital dalam negara.
Ia juga adalah penyebab pesakit-pesakit dirujuk daripada Klinik Kesihatan dan klinik swasta.
Secara amnya, sakit dada adalah simptom petanda serangan jantung. Anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor segera apabila :
✅ Anda berumur >40 tahun dan mempunyai lebih dari satu risiko penyakit jantung
✅ Latar belakang keluarga yang mempunyai penyakit jantung pada usia yang muda
✅ Sakit yang kuat
✅ Sakit dada apabila melakukan aktiviti
✅ Sakit yang diiringi rasa lemah, mual, mengah, berpeluh, pening atau pitam
✅ Rasa sakit menular ke bahu, lengan, rahang atau belakang badan
✅ Rasa sakit yang lebih teruk dari sebelumnya
✅ Sakit yang berterusan selama lebih dari 15-20 minit
✅ Sakit yang berubah sifat, contoh: sakit yang semakin kerap
Langkah pencegahan bergantung kepada punca kesakitan dan pemeriksaan yang telah dibuat :
1️⃣ Cegah daripada mendapat sakit jantung – amalkan cara hidup sihat; bersenam, tidak merokok, ambil makanan seimbang.
2️⃣ Cegah daripada mendapat sakit ulu hati.
3️⃣ Urus secara baik stress anda.