
Kecederaan kegigian susu boleh mengakibatkan kecederaan kepada struktur gigi kekal yang sedang berkembang berdekatan dengan akar gigi susu.
Oleh yang demikian, ibu bapa perlu mendapatkan nasihat doktor gigi jika kanak โ kanak mengalami kecederaan kegigian dan jika ada kelewatan dalam perkembangan gigi kekal.
โช๏ธ Gigi yang Longgar atau Tergerak (Subluksasi dan Luksasi)
๐ Rawatan yang diberi berdasarkan kepada kecederaan tersebut.
๐ Jika gigi susu terlalu goyang, ia perlu dicabut.
๐ Jika tergerak sedikit, tetapi tidak menganggu fungsi, ia boleh diperhatikan dahulu dan dicabut hanya jika mempunyai gejala.
โช๏ธ Avulsi
๐ Gigi susu yang teravuls (tercabut keluar dari soketnya) tidak perlu diletakkan semula ke dalam soket.
๐ Gigi yang tercabut keluar perlu dicari.
๐ Jikalau gigi tercabut itu tidak dijumpai, kanak-kanak tersebut akan perlu diperiksa untuk memastikan jika ada kemungkinan gigi itu tertelan atau termasuk ke dalam saluran pernafasan
โช๏ธ Gigi patah
๐ Rawatan yang diberi berdasarkan bahagian mana gigi tersebut yang patah.
๐ Jika ianya melibatkan bahagian pulpa (saraf) gigi, cabutan mungkin lebih sesuai.
๐ Sekiranya kanak-kanak tersebut boleh memberi kerjasama, maka rawatan akar pada gigi susu tersebut boleh juga dijalankan.
๐ Doktor gigi anda dapat memberi nasihat selepas pemeriksaan jikalau gigi tersebut boleh ditampal.