PROSEDUR SEBELUM MENDAPAT BUKU PINK

Buku pink perlu dibuka bermula dari sebaik sahaja ibu mengetahui dirinya hamil sehingga sebelum berakhirnya trimester pertama.

Ibu hamil perlu mengenalpasti Klinik Kerajaan atau Klinik Kesihatan Ibu & Anak (KKIA) berhampiran berdasarkan alamat tempat tinggal semasa. Di sinilah ibu akan mendapatkan pemeriksaan pertama fasa awal kehamilan, dan seterunya membuka ‘buku pink’ ini.

Sebelum ‘buku pink’ ini dapat dikeluarkan oleh KKIA dan diserahkan kepada ibu, berikut adalah prosedur yang perlu ibu lalui di klinik :

👉 Jururawat akan mengukur berat dan tinggi ibu, serta merekod kesihatan ibu berdasarkan maklumat yang diperlukan – seperti kitaran haid, masalah dan sejarah perubatan lampau.
👉 Kiraan Tarikh jangkaan bersalin (EDD) berdasarkan kiraan Tarikh hari pertama haid terakhir.
👉 Ujian air kencing bagi mengesan kandungan protein dan gula dalam air kencing.
👉 Pemberian suplemen prenatal seperti vitamin C, B kompleks, asid folik, dan zat besi.
👉 Menetapkan janji temu seterusnya bagi memantau kesihatan ibu dan bayi di dalam kandungan.

Setelah selesai, ibu akan diberikan buku pink yang akan merekodkan segala perkembangan kesihatan ibu dan bayi sepanjang kehamilan (prenatal) sehingga kelahiran (post-natal).

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI