MAKLUMAT YANG TERDAPAT DALAM BUKU PINK

Nama rasmi bagi buku tersebut adalah Rekod Kesihatan Ibu Hamil. Buku ini sangat sinonim dengan ibu-ibu mengandung kerana ia mengandungi segala kisah ‘suka duka’ perjalanan seorang wanita saat mengandungkan zuriat sehingga bergelar ibu.

Lebih kurang macam diari lah.

Secara amnya, buku pink boleh dianggap sebagai buku rekod ibu dan bayi sepanjang tempoh kehamilan.

Ibu hamil memerlukan pengawasan, pemeriksaan yang rapi dan teratur, serta berterusan. Ini adalah kerana semasa tempoh kehamilan, ibu mengalami banyak perubahan pada tubuh badan serta fisiologi mereka.

Begitu juga bayi dalam kandungan. Ia memerlukan pengawasan yang serupa kerana mudah dipengaruhi oleh persekitaran terutamanya kesihatan ibu.

Selain daripada rekod kesihatan ibu, bayi dan janji temu, berikut adalah maklumat lain yang terdapat di dalam buku pink yang akan menjadi rujukan ibu dan pihak yang memberikan rawatan:

✅ Rekod kemasukan ke hospital sekiranya terdapat sebarang komplikasi sepanjang tempoh kehamilan yang memerlukan pemeriksaan pakar perubatan di hospital.
✅ Rekod perihal kelahiran seperti tarikh, tempat, suntikan yang diterima, dan komplikasi semasa bersalin.
✅ Rekod kelahiran bayi.
✅ Maklumat Postnatal bagi ibu – Tarikh discaj dari hospital dan juga maklumat kesihatan ibu semasa discaj.
✅ Senarai Semak Pengendalian Postnatal – bagi mengenalpasti faktor risiko yang mungkin dihadapai setelah kelahiran.
✅ Senarai semak jaundis dan pemantauan jaundis bayi. Tahap jaundis juga akan direkodkan.
✅ Senarai semak penyusuan susu ibu.
✅ Jagaan postnatal di klinik – bagi janji temu selepas bersalin yang seterusnya.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI