PENGGUNAAN UBAT YANG SELAMAT DIKALANGAN KANAK-KANAK

Ubat-ubatan adalah bahan yang digunakan untuk merawat atau mengelak penyakit dan mengekalkan tahap kesihatan. Kesilapan dalam menggunakan ubat-ubatan boleh memudaratkan tubuh.

Oleh yang demikian amatlah mustahak bagi anda mengikuti arahan yang diberikan oleh anggota kesihatan dengan betul. Kita juga harus tahu maklumat asas berkaitan ubat yang diambil.

Apakah kategori ubat-ubatan?

Terdapat 2 kumpulan besar ubat-ubatan :

1️⃣ Ubat yang diperolehi melalui preskripsi doktor
2️⃣ Ubat-ubatan “Over-the-counter” (OTC) ataupun diperolehi tanpa preskripsi doktor

Kedua-dua kategori ubat-ubatan tersebut hendaklah digunakan dengan berhati-hati.

Apakah yang perlu ditanya pada ahli farmasi atau doktor anda mengenai ubat ?

✅ Apakah nama ubat tersebut?
✅ Apakah kegunaannya?
✅ Berapa banyak dan berapa kerap anak anda memerlukannya?
✅ Berapa lamakah anak anda perlu mengambilnya?
✅ Apakah kesan sampingan yang mungkin terjadi?
✅ Bagaimana jika anak anda tertinggal satu dos?
✅ Ada masalahkah jika anak anda mengambil ubat-ubat lain?
✅ Berapa lamakah sesuatu ubat itu memberikan kesan?

1️⃣ Perkara perlu

👉 Membaca keseluruhan label atau arahan bertulis.
👉 Memahami arahan yang diberikan oleh ahli farmasi atau doktor.
👉 Berikankan ubat kepada anak anda mengikut arahan yang betul.
👉 Memastikan anda mempunyai bekalan ubat yang cukup untuk anak anda sebelum temu janji berikutnya (jika ubat itu digunakan untuk tempoh yang lama)
👉 Habiskan ubat yang diberikan untuk anak anda kecuali jika diarahkan sebaliknya.

2️⃣ Perkara tidak perlu

👉 jangan berikan ubat anak anda kepada kanak-kanak lain walaupun difikirkan mereka mempunyai penyakit yang sama.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI