
Pemilihan teknik pemberian ubat bergantung kepada umur kanak-kanak dan keupayaannya untuk menelan ubat.
1๏ธโฃ Persediaan cecair
๐Kanak-kanak yang baru lahir hingga usia berusia 1 tahun
Cara pemberian :
โช๏ธ Mengenal pasti ubat dan cara penyediaan yang betul
โช๏ธ Ampu kepala bayi dan dongakkan kepala bayi pada 45ยฐ
โช๏ธ Balut bayi anda dengan kain / selimut bayi
โช๏ธ Pakai peralatan yang sesuai untuk pemberian ubatan bagi mengelakkan bayi menutup mulut dan muntah
โช๏ธ Jangan campurkan ubat dalam botol susu atau jus
2๏ธโฃ Persediaan cecair, ubat kunyah atau ubat yang telah dipecah atau hancurkan
๐ Kanak-kanak yang berumur di antara 1 tahun hingga pra-sekolah
Panduan pemberian :
โช๏ธ Campurkan ubat dengan puding
โช๏ธ Beri anak minuman kegemaran selepas pengambilan ubat
โช๏ธ Jangan marah atau denda anak anda sekiranya dia mengeluarkan semula ubat tersebut
โช๏ธ Puji dan peluk anak selepas dia makan ubat
Kanak-kanak berumur 5 tahun dan keatas selalunya boleh menelan ubat.
๐ anak-kanak sekolah
Panduan pemberian :
โช๏ธDalam kes tertentu anda mungkin perlu menghancurkan dan mencampurkan ubat biji dengan ais krim atau puding
โช๏ธ Jangan benarkan anak anda mengambil ubat tanpa pengawasan ibubapa






