MENGAPA PERLU LAKUKAN UJIAN DARAH KETIKA HAMIL ?

Ujian darah ketika hamil selalunya akan dibuat untuk memantau kesihatan ibu hamil dan kesihatan bayi dalam kandungan. Ujian darah sangat penting dalam pemeriksaan kehamilan anda.

Menerusi ujian-ujian ini, anda dapat membuat keputusan berkaitan penjagaan diri dan bayi sama ada sebelum atau selepas kelahiran, jenis darah,bacaan darah,bacaan darah normal,kumpulan darah,kuman dalam darah dan sebagainya.

Semasa kehamilan, anda boleh melakukan pelbagai jenis ujian darah dan imbasan (ultrasound) bayi. Tujuan ujian-ujian ini adalah untuk :

▪️ Membantu menjadikan kehamilan anda lebih selamat
▪️ Memeriksa dan menilai perkembangan anda dan bayi
▪️ Menyaring bagi keadaan tertentu

Selain itu, ujian darah adalah perlu untuk mengetahui jika wujudnya sebarang komplikasi seperti :

1️⃣ Hitungan darah lengkap, kumpulan darah dan status Rhesus(positif @ negatif)
2️⃣ Sel sabit dan talasemia
3️⃣ Penyakit berjangkit ( hepatitis B, sifilis dan HIV)
4️⃣ Sindrom Down
5️⃣ Sindrom Edwards
6️⃣ Sindrom Patau

Ujian Glukosa Toleransi Oral (OGTT) akan dijalankan apabila anda berada antara 24 hingga 28 minggu kehamilan. Jika ada pernah mengalami diabetes semasa mengandung sebelum ini, anda akan ditawarkan untuk melakukan :

✅ Pemantauan awal tahap glukosa darah sendiri atau
✅ Ujian OGTT awal pada awal kehamilan dalam kadar segera setelah lawatan pendaftaran, dan sekali lagi pada 24 hingga 28 minggu jika ujian pertama adalah normal.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI