MENGANDUNG TAPI MASIH DATANG BULAN ?

Salah satu tanda kehamilan ialah tidak datang darah haid pada tarikh sepatutnya. Tetapi, kenapa ada sesetengah ibu hamil mengalami pendarahan, boleh ke hamil tapi period ?

Sebenarnya mereka mengalami pendarahan di awal kehamilan, bukannya kedatangan darah haid. Darah yang keluar dari faraj dan seolah-olah darah haid. Tetapi pendarahan di awal kehamilan dan kedatangan haid adalah suatu yang berbeza.

Apabila seseorang individu wanita itu hamil, dia tidak akan melalui proses ovulasi. Keadaan ini sekali gus akan menghentikan kedatangan period. Ini kerana darah haid hanya akan keluar apabila seseorang individu itu tidak mengandung.

Kitaran haid berlaku untuk memudahkan proses kehamilan. hari pertama seseorang individu itu didatangi haid dan berakhir sebelum hari pertama untuk kitaran seterusnya.

Ovulasi pula adalah apabila ovari mengeluarkan ovum, ia berlaku pada pertengahan proses kitaran haid.

Ovum hanya dapat bertahan untuk tempoh 12 hingga 24 jam selepas proses ovulasi berlaku. Sekiranya sperma hadir dan berjaya menembusi serta bersenyawa dengan telur, maka ovum akan menempel pada dinding rahim; keadaan ini bermakna anda hamil.

Jika tiada persenyawaan berlaku, haid akan hadir dan badan akan meluruhkan lapisan rahim supaya ia boleh menghasilkan dinding rahim baru untuk kitaran haid yang seterusnya.

Jadi bagi menjawab persoalan, adakah boleh untuk anda mengandung tapi period? Jawapan paling tepat, adalah TIDAK.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI