LANGKAH PENCEGAHAN SEWAKTU HAMIL

Mengandung tapi period sudah tentu mendatangkan kegusaran pada setiap wanita.

Namun terdapat beberapa langkah pencegahan yang boleh dilakukan demi menjaga kandungan anda, termasuklah :

1️⃣ Berhati-hati apabila mengandung
▪️Cara paling mudah untuk mengatasi daripada berlakunya pendarahan adalah dengan berhati-hati. Malahan ia merupakan satu langkah yang perlu sentiasa diamalkan sepanjang tempoh kehamilan.
▪️Ikuti nasihat doktor dan sentiasa menjaga kesihatan diri bersama bayi di dalam kandungan. Jangan sesekali ambil mudah.

2️⃣ Stres punca mengandung tapi keluar darah
▪️ Tempoh hamil merupakan waktu yang membahagiakan namun ia tidak berlaku kepada setiap wanita yang mengandung.
▪️Adakalanya, tekanan disebabkan faktor sekeliling boleh menyebabkan berlakunya pendarahan. Sebaiknya anda perlu mengawal emosi dan elakkan daripada menjadi terlalu tertekan.

3️⃣ Jalani pemeriksaan segera jika mengandung tapi period
▪️Jika secara tiba-tiba anda mengalami pendarahan yang banyak serta diikuti dengan rasa sakit pada bahagian perut, ia mungkin satu perkara yang melibatkan situasi yang serius.
▪️Anda perlu segera mendapatkan rawatan dan pemeriksaan doktor. Keadaan ini berlaku mungkin kerana uri berada pada bahagian bawah rahim atau uri tercabut daripada rahim dan memerlukan perhatian doktor.emeriksaan segera jika mengandung tapi period.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI