
‘Urine Pregnancy Test’ merupakan sejenis kaedah yang digunakan untuk memastikan seseorang wanita itu mengandung atau tidak.
UPT mengukur tahap hormon hcg dalam air kencing wanita tersebut. Hormon hcg hanya akan dijumpai dalam wanita mengandung sahaja.
UPT akan menunjukkan dua garisan yang bermakna wanita tersebut positif hamil. Tetapi kadang kala UPT boleh menunjukkan jalur yang kabur dan mengelirukan wanita tersebut tentang kehamilan mereka.
Kebanyakan wanita yang cuba untuk menjadi hamil bergantung kepada ‘Urine Pregnancy Test (UPT)’. Namun demikian ada kalanya ujian air kencing boleh mengelirukan apabila garisan kit muncul kabur.
Terdapat beberapa punca pregnant test line boleh bertukar kabur seperti:
👉 Ujian UPT dilakukan terlebih awal
👉 Air kencing yang terlalu cair
👉 Alat ujian kehamilan yang kurang sensitif
👉 Tamat tempoh penggunaan
👉 Menyimpan alat ujian kehamilan di tempat yang tidak betul
👉 Keputusan haruslah dibacakan dalam waktu yang dicadangkan
👉 Chemical pregnancy
👉 Ubatan
Cara terbaik untuk melakukan UPT adalah pada waktu pagi setelah tidak datang haid 6 minggu dari tarikh hari pertama kitaran haid yang lepas atau dua minggu selepas tarikh haid berikutnya.