Beri Perhatian Dengan Segera Apabila Bayi Anda Menangis

Kadangkala bayi menangis berterusan meskipun segala usaha telah diambil untuk menenangkan dan memujuk bayi. Anda mesti kekal tenang dan tidak tertekan kerana jika tidak perasaan bayi anda akan lebih terganggu.

Beri perhatian dengan segera apabila bayi anda menangis. Pengalaman dan masa mengajar anda mengenali keperluan bayi anda dan bertindaklah mengikut keperluan.

▪️Bayi yang menangis akibat lewat diberi susu akan dapat diatasi dengan tidak melengahkan masa pemberian susu.
▪️Bayi yang lampinnya basah akibat kencing atau berak hanya perlu ditukarkan lampin.
▪️Bayi yang kesejukan akan selesa apabila dibalut dengan selimut atau pakaian.
▪️Periksa seandainya ada keadaan yang boleh menyebabkan kesakitan, seperti pin lampin terbuka atau disengat serangga.
▪️Memeluk rapat bayi anda dan menghayunkanya perlahan-lahan.
▪️Urutan atau usapan lembut di belakang atau di dada bayi.

Jangan sesekali menggoncang bayi anda kerana ini boleh mengakibatkan kecederaan teruk kepada leher dan otak bayi anda.

Sekiranya anda rasa tertekan atau keletihan minta bantuan kawan atau ahli keluarga yang lain untuk mengambil alih penjagaan bayi anda untuk sementara waktu. Ambil masa anda untuk bertenang sebelum meneruskan penjagaan bayi anda.

Menangis akibat kembung perut didefinisikan sebagai tangisan berlebihan selama tiga jam atau lebih (dalam sehari), berlaku lebih dari 3 hari seminggu dan lebih dari 3 minggu. Pada kebiasannya ia akan hilang dalam tempoh 3 bulan pertama usia bayi.

Sesetengah bayi simptom kembung perut ini akan hilang ketika berusia 6 bulan. Sekiranya bayi anda menangis sambil mengangkat kakinya ke atas dan banyak mengeluarkan angin ini menunjukkan bayi anda mengalami kembung perut. Cara menanganinya :

✅ Pegang bayi anda duduk menegak semasa penyusuan dan sendawakan bayi selepas penyusuan. Dukung bayi anda dengan kedudukan bayi tegak di bahu anda atau goyang bayi anda dengan lembut boleh melegakan bayi.
✅ Jika menangis berterusan, dapatkan rawatan segera.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI