KELAHIRAN BAYI PRAMATANG

Insiden bayi pramatang berbeza di setiap negara. Di Malaysia lebih kurang 8% bayi dilahirkan pramatang.

Kebanyakan bayi dilahirkan dalam lingkungan 40 minggu usia kandungan. Bayi dikatakan matang jika lahir di antara 37 ke 42 minggu usia kandungan. Jika bayi dilahirkan sebelum 37 minggu usia kandungan ia dikatakan kelahiran pramatang.

Dengan kemajuan teknologi dalam bidang perubatan, lebih 9 daripada 10 bayi yang lahir tidak cukup bulan ini mampu bertahan dan membesar dengan normal.

Bagi bayi yang dilahirkan pramatang, mereka lebih terdedah kepada risiko untuk mengalami masalah perkembangan.

Apa yang perlu anda fahami adalah, semakin awal bayi dilahirkan, risiko komplikasi kesihatan yang mungkin dialami adalah lebih besar.

Bergantung kepada seberapa awal bayi dilahirkan, mereka mungkin berada di dalam kategori:

▪️ Pramatang lewat: bayi lahir di antara 34 hingga 36 minggu.
▪️ Pramatang sederhana lewat: bayi lahir di antara 32 hingga 34 minggu.
▪️ Pramatang awal: bayi yang lahir kurang daripada 32 minggu.
▪️ Pramatang sangat awal: bayi yang lahir sebelum berusia 28 minggu.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI