
Diantara punca-punca yang biasa dikenalpasti ialah kecederaan kepala, jangkitan kuman virus dan rongga hidung yang tersumbat.
1๏ธโฃ Penyakit Kronik
๐Alahan hidung (Allergic Rhinitis)
๐Polip (pertumbuhan tisu membran mukus yang tidak normal di dalam hidung)
โ Polip boleh menyebabkan rongga hidung tersumbat dan menghalang aroma/partikel zarah bau yang dihidu sampai ke deria bau.
2๏ธโฃ Jangkitan kuman
๐ Radang sinus / Resdung
Jangkitan sinus boleh menyebabkan pembengkakan pada mukosa yang menyeliputi saraf olfaktori. Ini akan menghalang aroma/partikel zarah bau daripada sampai ke deria saraf. Namun begitu, kehilangan deria bau ini bersifat sementara apabila mendapat rawatan yang betul.
๐ Otak bernanah (โbrain abscessโ)
Nanah di otak atau jangkitan kuman boleh menyebabkan tisu otak rosak. Hilang deria bau boleh bersifat kekal jika tisu yang rosak itu adalah sel otak untuk mentafsir isyarat bau.
3๏ธโฃ Kecederaan
๐ Patah tulang di bumbung rongga hidung (โcribriform plateโ)
Patah di tulang ini boleh menyebabkan saraf terputus. Anosmia akan bersifat kekal. Namun begitu jika kepatahan menyebabkan mukosa sahaja membengkak, anosmia atau hyposmia akan bersifat sementara.
๐ Patah dan bengkok tulang hidung
Menyebabkan hidung tersumbat dan menghalang aroma/partikel zarah daripada sampai ke deria bau.
๐ Otak โ boleh bersifat kekal atau sementara
4๏ธโฃ Ketumbuhan
๐ Barah Hidung
Barah seperti sinonasal carcinoma, chondrosarcoma boleh menyebabkan kerosakan pada saraf ataupun menghalang zarah bau/aroma tiba pada reseptor bau.
๐ Barah Otak
Meningioma, olfactory neuroblastoma, barah โfrontal lobeโ (tanda-tanda awal seperti pelupa dan boleh menyebabkan sawan dan tidak boleh bercakap pada peringkat lewat).
5๏ธโฃ Lain โ lain
๐ Masalah Perubatan/endokrin
- Hypothyroid (kurang hormon tiroid)
- Diabetes
๐ Ubat / bahan toksik โ phenol, chromium, kokain, racun serangga
๐ Proses penuaan โ Alzheimer (nyanyuk), Parkinson
๐ Kongenital (diwarisi sejak dalam kandungan ibu)- Kallmann syn. (hypogonadism)







