KEKURANGAN NUTRIEN BAGI WARGA EMAS

โ€ข

Populasi warga emas lebih terdedah kepada banyak risiko kesihatan disebabkan oleh kekurangan nutrien dalam pemakanan mereka.

Perubahan fisiologi, psikologi dan ekonomi semasa peringkat ini boleh menyumbang kepada pemakanan yang kurang sihat. Ini boleh menjurus kepada keadaan seperti :

โœ… ๐Œ๐š๐ฅ๐ง๐ฎ๐ญ๐ซ๐ข๐ฌ๐ข ditakrifkan sebagai suatu keadaan yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau nutrien yang tidak mencukupi.
โœ… ๐Š๐ฎ๐ซ๐š๐ง๐  ๐ณ๐š๐ญ ๐ฆ๐š๐ค๐š๐ง๐š๐ง pula merujuk kepada keadaan di mana penyerapan nutrien adalah rendah atau kehilangan nutrien yang berlebihan.
โœ… ๐๐ž๐ซ๐ฅ๐ž๐›๐ข๐ก๐š๐ง ๐ณ๐š๐ญ ๐ฆ๐š๐ค๐š๐ง๐š๐ง adalah disebabkan oleh akibat berlebihan makan atau pengambilan nutrien yang berlebihan.

Seorang warga emas dianggap kurang berat badan apabila mempunyai IJT kurang daripada 22 kg/m2. Kekurangan berat badan di kalangan warga emas mungkin disebabkan oleh beberapa faktor iaitu:

1๏ธโƒฃ Kurang bekalan makanan dan cara penyediaan makanan yang tidak sesuai
2๏ธโƒฃ Jangkitan/ penyakit
3๏ธโƒฃ Kebersihan dan sanitasi yang kurang baik
4๏ธโƒฃ Ekonomi : Kurang pendapatan, Tidak dapat membeli barang keperluan
5๏ธโƒฃ Fisiologi : Tiada gigi โ€“ kurang keupayaan mengunyah, Kurang selera makan
6๏ธโƒฃ Masalah mental :Dementia, Kecelaruan minda dan kemurungan

Berikut adalah beberapa cadangan untuk memperbaiki cara penyediaan makanan :

โœ… Buah-buahan segar : Pilih buah yang lembut seperti betik dan pisang. Jus buah dan buah dalam tin yang lembut merupakan alternatif yang baik.
โœ… Sayur-sayuran mentah : Cincang halus sayuran dan lecekkan sayur yang telah dimasak.
โœ… Daging : Pilih gantian yang lebih lembut seperti ikan dan ayam. Cincang atau kisar daging sehingga halus supaya mudah dimasak.
โœ… Nasi : Lebihkan air semasa memasak nasi supaya lebih lembut. Lenyek sekiranya perlu. Bubur nasi atau oat merupakan alternatif yang baik.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI

Kesihatan Am

Ibu & Anak

Kesihatan Pekerjaan

Rehabilitasi

Umum