Kenaikan berat badan yang berlaku pada ibu hamil merupakan perkara normal. Namun demikian, ibu hamil perlu mengawalnya daripada berlakunya kenaikan berat badan yang terlalu tinggi ataupun penurunan berat badan yang terlalu rendah.
Kedua-duanya boleh menyebabkan risiko yang boleh merbahayakan ibu dan bayi dalam kandungan.
Kenaikan berat badan yang terlalu tinggi boleh mengakibatkan pelbagai komplikasi sepanjang tempoh kehamilan dan juga ketika proses melahirkan.
Di antaranya adalah risiko :
▪️hipertensi kehamilan
▪️diabetes kehamilan
▪️obesiti serta mengalami kesulitan ketika melahirkan anak secara normal (sekaligus menyebabkan pembedahan Caesar perlu dilakukan)
Berat badan yang terlalu rendah pula boleh menyebabkan risiko seperti bayi lahir pra-matang dan berat badan bayi yang lahir terlalu rendah.
Maka, adalah sangat penting bagi ibu hamil untuk mengetahui apakah kenaikan berat badan yang normal melalui pengiraan Indeks Jisim Badan atau Body Mass Index (BMI) sebelum kehamilan.